bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Friday, October 29, 2010

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa‏

Renungkanlah.


(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"


(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"


(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"


(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"


(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"


(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"


(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"


(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"


(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"


(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari
JUMAAT!!!!

Banyak kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa di kita
ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).


2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui
internet, iklan, buku, gambar, risalah atau
filem.


3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan
banyak memberi fatwa yang menyesatkan
pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang
haram dianggap halal serta sebaliknya.


5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak
berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa
tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada
makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan
amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli
dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.
Kawan disangka lawan dan musuh dianggap
sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum
arak, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
(iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan
jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan
dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu
membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman
adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang
miskin bermaksud meminta sedekah.


Dunia Di Penghujung Nyawa


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:


'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis. '

- Sahih Bukhari


~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.


'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan

persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat
akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah
bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi
wanita'- Ibnu Majah


~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.


'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang
buruk dalam

tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.


~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran' - Riwayat Ahmad


~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel

Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.


'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad


~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.


~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.


'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.


'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu
dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah yg popular
skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak

kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad


~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput & sungai'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:


'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'


PENGERTIAN MAKSUD IMAN


- DARI SEGI BAHASA :

Yakin Dan Percaya


- DARI SEGI ISTILAH :

Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan

BERAMAL DENGAN ANGGOTA


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi
cuba la mengamalkan apa yang dah tahu,
jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la
jugak kebaikan untuk orang lain terutama
orang-orang terdekat yang disayangi."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate