bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Wednesday, October 27, 2010

terima dari msg fb.. dia kate"penting"

sumber pendapat dari seseorg yg fasih dlm ilmu agama.

Maaf wasiat ini haram disebarkan.Ia berunsur khurafat malah ia juga menfitnah Nabi Muhammad s.a.w.

Jika dibaca pada perenggan ke 3

" Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. "

Ia menunjukkan sabda Nabi maka ianya adalah sebuah Hadis,maka kita fahami dan kaji semula hadis terakhir Nabi ketika Nabi Muhammad s.a.w hidup.Hadis terakhir Nabi menyatakan tiada lagi agama yang lebih sempurna melainkan Islam dan tiada lagi wahyu diturunkan selepas hari tersebut dan tiada lagi Nabi dan Rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.Ianya jelas jika menyebarkan surat wasiat tersebut maka turut menyebarkan hadis palsu.Sesungguhnya orang yang menyebarkan hadis palsu adalah neraka tempatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda "Barang siapa berdusta atas nama ku nescaya nerakalah tempat baginya".Riwayat Al-bukhari wa Muslim,isnad sahih.

Mengapa perlu disebarkan kepada 20 orang?

Sedangkan Sabda Nabi "Sebarkanlah kebenaran walapun satu ayat' . Ini Bermakna kita perlu menyebarkan kebenaran sekurangnya 1 ayat.Ini Bermaksud kita wajib menyatakan kebenaran.

Mengapa dinyatakan mendapat kebaikan jika menyebarkan dan mendapat keburukan jika tidak mengendahkan.Sedangkan kita sering melafazkan innalillahi wa innalillahi rojiun yang bermaksud kepada Allah kita datang dan kepada Alllah kita kembali.Segala baik dan buruk berlaku atas kita hanyalah atas kebenaran dan ketentuan Allah dan bukannya atas kekuasaan surat tersebut.Ia jelas menunjukkan amalan menyebarkan surat wasiat tersebut berunsur khurafat.


Mungkin secara mata kasarnya ia bertujuan baik dan mengingatkan kematian tetapi dari segi hukum haram menyebarkannya kerana ia boleh merosakkan akidah,Seandai rosak akidah maka rosaklah agama,

Dari segi fiqh juga ada menjelaskan bahawa "niat tidak menghalalkan cara".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate