bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Friday, January 7, 2011

Cara serikan wajah secara semula jadi

Dipetik dari Harian metro

ANDAI garis halus dan kedutan mula kelihatan di wajah, jangan tergesa-gesa menjalani rawatan pemulihan wajah atau melakukan pembedahan plastik kerana proses penuaan itu mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang.

Justeru, banyak lagi kaedah untuk mengurangkan tanda itu dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi malah ada yang langsung tidak memerlukan kos.
Berikut beberapa tip untuk mendapatkan wajah dan tubuh yang lebih segar dan menarik.

- Berhenti merokok. Ia tip antipenuaan paling utama kerana merokok menyebabkan kerosakan pada kulit dan membunuh sel hidup serta kolagen yang sepatutnya membantu mengurangkan tanda penuaan. Merokok juga membuatkan kita kelihatan lebih cepat tua.

- Lindungi kulit daripada pancaran matahari. Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara keterlaluan boleh mempercepatkan lagi proses penuaan.

Kurangkannya dengan menggunakan losen tabir suria dan cuba elakkan berada di bawah matahari terik.


- Perbaiki diet seharian. Pengambilan makanan yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin elok untuk membantu mengurangkan masalah kulit yang sering terdedah kepada pencemaran.

Untuk tampak lebih muda remaja, kulit memerlukan banyak vitamin C dan E yang boleh meningkatkan kolagen dalam kulit.


- Amalkan minum teh hijau setiap hari. Teh hijau juga menawarkan kelebihan antioksidan dan kajian menunjukkan pengambilannya pada waktu siang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah, di samping membina ketahanan daripada penyakit jantung.


- Tidur secukupnya. Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, perlu mendapatkan tidur yang cukup bagi mengurangkan tanda penuaan pada wajah.

Ketika tidur, tubuh membebaskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan sel. Tidur yang cukup juga mengurangkan tekanan pada diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate