bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Tuesday, January 18, 2011

Mohon maaf pertikai azan

Dipetik dari Harian Metro. Berita lanjut di Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Saya memohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara disebabkan salah faham sebelum ini. Saya sebagai bukan Muslim mengakui tidak memahami antara azan Subuh dan ceramah.
“Saya perlu menjelaskan di sini bahawa merujuk kepada surat bertarikh 21 Disember 2010 yang saya hantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana semua masalah ini disebabkan atau diasaskan oleh satu kekeliruan,” kata peguam, Ng Kian Nam, 31, berhubung isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.

Menurutnya, dia perlu mengaku bahawa sebagai seorang bukan Muslim, dia tidak dapat membezakan antara azan dan ceramah dan mengakui bahawa dia tidak pernah menyuruh dihentikan azan kerana mengetahui kepentingannya kepada agama Islam.
Ng yang menetap di Pantai Hill Park berhampiran masjid berkenaan sejak tahun 2000 itu berkata dia sudah mengadakan dialog yang jujur bersama ketua persatuan tempatan berhubung isu itu.

“Saya gembira kerana mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya mengenai ilmu pengetahuan dan pengajaran Islam. Saya menyesal andainya isu ini menyinggung mana-mana pihak khususnya umat Islam.

“Saya berharap kami boleh terus hidup aman dan harmoni bukan saja di Pantai Dalam, malah mana-mana bahagian di Malaysia selari dengan slogan 1Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar, di Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini, semalam.

Sidang akhbar berlangsung lebih setengah jam itu diaturkan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin; Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ekram Mohd Yusoff, Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang dan beberapa pemimpin persatuan tempatan lain.

Sementara itu, Raja Nong Chik berharap pihak tertentu tidak mensensasikan isu berkaitan agama bagi mengelak diputar belit pihak berkepentingan hingga mencetuskan suasana tidak selesa di dalam negara.
“Saya difahamkan isu ini sudah menular hingga ke Tenang (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang). Kita tidak mahu lagi ia diperbesarkan.

“Macam mana kalau media luar negara juga memainkan perkara sama, seolah-olah negara ini tidak selamat walaupun hakikatnya rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia hidup dalam aman dan harmoni,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sebenarnya mereka buat demonstrasi sebelum ini berhubung isu itu tanpa arahan mana-mana pihak.

“Ini cuma desakan hati kami dan jiwa kami sebagai seorang Islam. Kami geram apabila azan dilarang, tetapi dia (Ng) mengaku kesilapan, kami pun memaafkan dia secara terbuka,” katanya.

PERHATIAN::Saya ambil dari harian metro k.. Ape yang menarik di sini sebab walaupun kita pelbagai agama tetapi keharmonian dan keamanan tetap dijaga... Kita rakyat malaysia..!!! =p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate