bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Friday, January 7, 2011

Tarik nafas hilang marah

Dipetik dari Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.


Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya. Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate