bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Tuesday, July 26, 2011

Syiling Terbaru Malaysia





 Aku copy paste di harian metro...

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SIRI KETIGA...kakitangan Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama  syiling yang lebih kecil dan ringan.
SIRI KETIGA...kakitangan Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama syiling yang lebih kecil dan ringan.
BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.
Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini. “Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

“Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum. “Ia akan berada dalam edaran bersama dengan siri sedia ada sebelum dikeluarkan secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media di Bank Negara, semalam.
Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.

Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.

Zeti berkata, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan syiling itu lancar.

“Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai ini akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan syiling baru.

“Bank Negara juga akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baru pada September ini,” katanya.
Set syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 akan dikeluarkan secara berperingkat dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap set di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


2 comments:

dhiera zainudin said...

lepas ni, pejam mata pun dah boleh taw duit syiling apa~

maya said...

ha ah, betul tu..... nnt d masa akan datang pasti ada yg lebih selamat dan lagi power lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate