bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Friday, August 29, 2014

Sambal petai.

Salam.. hari ni masak sambal petai..
Saya kalau masak bukan macam chef Wan atau yang macam expert sangat. hehe.. apepun ini adalah masakan yang biasa biasa je tapi pasti ramai di luar sana lagi banyak expert memasak..

Sambal petai

Cili kering (rendam dengan air panas dan basuh ) =ikut suka berapa banyak.
bawang merah=dalam 1/2 pun ok tapi mengikut pada masakan
bawang putih= 1pun cukup dan ada orang tak letak pun
ikan kering= ikut suka berapa banyak
petai= agak agak k pastikan buang kulit nanti tercekik orang makan..hihi
garam
gula

Caranya..

Saya biasa blender jer semua bahan di atas kecuali petai.. Ingat masa blender tu masukkan sedikit minyak agar biji lada tu hancur sbb bahaya makan biji lada nanti tak khadam di perut.

pastu panas kn minyak kat kuali.
masukkan bahan yang kita blender tadi sehingga nampak ianya masak warna macam agak merun merun sikit.
masukkan sedikit ikan kering tu, ada orang suka goreng dulu, saya x suke goreng.
letak garam dan gula secukup rasa, mengikut kesukaan.. kalau saya suke rasa cam manis sikit.. huhu
pastu masukkan petai..

ha dah siap... hikhik

senang je kan..


Pic dia di ambil sesudah makan baru teringat nak post kat blog.. sorry tak cantik la yee pic ni..

sekadar suke suki jer..=p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate