bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Saturday, April 4, 2020

Covid19 date:4/4/2020

Assalammualaikum 

Hari ni masih lagi Malaysia sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2. Pada masa sekarang rakyat diminta untuk mendengar arahan dari pihak berkuasa. Dan saya bersyukur saya dilahirkan di Malaysia kerana Malaysia menangani wabak  Covid 19 dengan baik sekali. Semua menteri semua sekali bertungkus lumus bagi memastikan rakyat tidak panic. Kerajaan macam macam bagi benefit untuk rakyat

 contoh: golongan b40 Dan m40 Subaru,  BIL Air dan elektrik ditangguh, Loan Bank ditangguh termasuk Kereta,  rumah dan lain lain. Majikan tidak harus menolak gaji perkerja, perkeso akan menyalurkan rm600 dari majikan ke perkerja started 1.03.2020 yang bercuti. Dan macam macam  Lagi.

Cuma tak Best ada pihak tak bersyukur. Ada je rakyat ni banyak sangat tak  kene tapi bukan semis lah..



Yang penting kita #stayathome ye

Jangan stress sangat..

Yang penting wabak tiada Dan kita bebas lepas ni nak kemana je..


Saya siap 🎤 kat uma
Dapat luang masa dengan 👪  lagi

Cuma rindu dengan Emak dan Abah..

Kita doa yang baik baik.. Dapat yang baik.. Insyaallah



Wednesday, February 18, 2015

Tudung Satin Lace RM15 take 2 item free postage.. Lets Shopping.



My Customer -Dira From Ampang


Friday, October 10, 2014

Mesti Korang Pening

Salam..
Hai.. Setiap bulan mesti ada diantara kita yang pening dengan kewangan tak pernah cukup setiap bulan.. Ramai yang mengeluh gaji tidak mencukupi tapi barang semakin meningkat setiap bulan atau setiap tahun.. Ramai juga yang mengeluh gaji tak cukup,keje part time boleh je tapi bayangkan mutu kerja kita masa di tempat kerja bagaimana.. Mesti akan mengantuk, mesti akan penat sangat berbanding dengan penat orang yang bekerja biasa.. Kadang terfikir juga kita kan...

cuber kita buat kira kira yeee......

Gaji       RM2000.00

Rumah -  RM450.00 = 1550.00

Api/Air - RM150.00 =   1100.00

Astro    - RM 100.00 =1000.00

Makan   - RM 300.00= 700.00

Kereta = RM 450.00= 250.00

Minyak = RM200.00


Tinggal 50.00 sahaja.. hohoho.. stiap bln cm tu.. kan kan.. sadis sadis..




Thursday, October 2, 2014

Nak buat banner aidiladha.... tak sabar nak post..peace!!!!!!!!!

salam semua


nak sambut aildiladha.. nak design banner... tak sabar nak post.. peace semua


Banner Aidiladha.. hari tu tak sempat nk post.. hehehehe.
Pada hari isnin hari tu ada buat Sambutan Hari Korban.. sebanyak 7 ekor lembu.. yang hadir Ketua UMNO Gombak, Setiausaha, Pegawai Bahagian dan Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri serta AJK terlibat..

Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar dan selamat serta semua penduduk di sini yang hadir dapat agihan tersebut.. Mereka juga bergotong royong  untuk jamuan makan pada hari tersebut.. sangat seronok

Monday, September 22, 2014

Cerita Perkara Pelik

Ok nak cerita sikit ni. ini adalah kisah benar.
Seorang manager wanita baru di pindahkan di sebuah tempat lain. Manager seorang yang sangat rajin dan seorang yang amat tegas kata staff nye. Pada suatu hari dia menyuruh salah sorang staff perempuan untuk kemas di backroon, tanpa banyak bantah staff perempuan itu selamba pergi seorang di backroom. Lama juga staff perempuan itu kemas jam di tangan menunjukkan jam 12.30am, manager tersebut nak pantau staff itu. Melihat staff nya yang terbongkok bongkok mengemas, manager tersebut memebantu sedikit untuk habiskan kerja. Setelah siap staff tersebut minta izin ke toilet.
Staff perempuan tadi kuar dari toilet terlihat manager tersebut seakan memakai baju yang berwarna lain lalu ditanya "Wah cantik cantik nak kuar ker?.. Manager yang ditegur seperti terkejut " Biar betul awak ni saya dari tadi pakai baju ni".. Staff tersebut amati baju yang dipakai managernya sebab tadi masa bertugas memakai baju warna kuning tapi nape bertukar warna kelabu.. Staff tersebut terdiam dan fikir perkara positif..

Seminggu selepas itu, berita yang sangat mengejutkan staff perempuan tersebut adalah manager  tersebut telah dirasuk. Dengar cerita dia menjerit jerit dan menyuruh orang lain pergi. Dengar cerita lagi dia telah diduduki PUTEri. Emm wallahuallam.. Lama juga dia nak pulih.. Memang di backroom tersebut amat keras.. Sekarang undang undangnya boleh masuk backroom jika ada 3 atau 4 orang supaya tiada kejadian diingini..

Tuesday, September 2, 2014

Rukun Islam

Rukun Islam sape tak tau angkat tangan.. ade juga yang tak tau rukun Islam.. tapi tidak mengapa jom ketahui rukun Islam..


Allah swt menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate