bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Wednesday, September 28, 2011

MY KERJAYA - Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA - Sep 2011

Erra Fazira-Artis palimg cun

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik,
berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan
MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi
Pendidikan MARA (IPMa).

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang
berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi
sebagai guru berkualiti dan terbaik.

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan
sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-

Bidang /Subjek :
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah
• Bahasa Perancis
• Geografi
• Bahasa Russia
• Matematik
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media

Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek
pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).

Sila rujuk syarat- syarat permohonan jawatan di lampiran.

Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA
www.mara.gov.my

TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2011

KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH


CARA PELAKSANAAN:

Saringan I

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteriakriteria
tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran /
subjek yang dipohon.
Hanya permohonan yang mengikut dan menepati syarat-syarat lantikan sahaja akan diproses.

Permohonan yang berjaya dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan dan Yuran
peperiksaan akan dikenakan kepada calon.
 
Sila semak laman web www.mara.gov.my  dari semasa ke semasa bagi mengetahui
status permohonan yang berjaya.

Saringan II

 Calon - calon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan
dihubungi melalui laman web untuk sesi penilaian amali pengajaran dalam kelas (micro teaching)
dan sesi temuduga

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan
hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Calon memohon sebagai Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil
Hafazan/Tahfiz dari Institut Pengajian yang diiktiraf.

A. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Kelayakan
i. ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4) RM1967.20 ; atau
iii. ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6) ; atau
iv. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10:
bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi ahli Penuh Badan – badan
Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan : P1T11: dan Ahli Penuh Institut
Akauntan Malaysia:P1T12):
d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e. Calon-calon yang tidak memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau Diploma
Pendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas boleh
memohon. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dilantik secara perkhidmatan
Sementara/Kontrak atas lantikan Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan bidang atau subjek yang dipohon.

C. TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak

D. CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ dalam talian yang boleh dilayari melalui
laman web MARA iaitu www.mara.gov.my .
ii. Tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2011.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah
membuat permohonan melalui Ketua Jabatan terlebih dahulu dan mendapat surat
pengesahan perlepasan sekiranya pegawai ditawarkan ke jawatan yang dipohon. Sila bawa
bersama dokumen Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Prestasi Tahunan terkini dan
Pengesahan Bebas Kesalahan Tatatertib semasa sesi temu duga.
iv. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan
yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di
meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.
v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan
kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my  dan hendaklah mengemukakan
salinan pengiktirafan tersebut semasa temu duga nanti.

E. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

F. UMUR :
i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan ditutup.
ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada
tarikh lantikan.

G. UJIAN KHAS:
i. Hanya calon – calon yang telah disenarai pendek yang menepati syarat – syarat
permohonan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian kecenderungan keguruan.
ii. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web bagi mengetahui tempat
menduduki ujian tersebut yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
iii. Calon yang berjaya dikehendaki membayar yuran peperiksaan. (Kaedah pembayaran
dan jumlah yuran akan dimaklumkan dalam tawaran menduduki ujian)

H. PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan
ke Unit Pengambilan & Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 2613
2000 sambungan 34425/34434/39041.

IKLAN PENGAMBILAN:

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://online.mara.gov.my/vacancy/


Sumber : http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate