bLOG sAYA TaK Glamour JAdI Tak Payah NAk Hack..TERIMA KASIH
No nEed HACK my blog because my blog not glamour... THANK YOU

Saturday, April 4, 2020

Covid19 date:4/4/2020

Assalammualaikum 

Hari ni masih lagi Malaysia sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2. Pada masa sekarang rakyat diminta untuk mendengar arahan dari pihak berkuasa. Dan saya bersyukur saya dilahirkan di Malaysia kerana Malaysia menangani wabak  Covid 19 dengan baik sekali. Semua menteri semua sekali bertungkus lumus bagi memastikan rakyat tidak panic. Kerajaan macam macam bagi benefit untuk rakyat

 contoh: golongan b40 Dan m40 Subaru,  BIL Air dan elektrik ditangguh, Loan Bank ditangguh termasuk Kereta,  rumah dan lain lain. Majikan tidak harus menolak gaji perkerja, perkeso akan menyalurkan rm600 dari majikan ke perkerja started 1.03.2020 yang bercuti. Dan macam macam  Lagi.

Cuma tak Best ada pihak tak bersyukur. Ada je rakyat ni banyak sangat tak  kene tapi bukan semis lah..



Yang penting kita #stayathome ye

Jangan stress sangat..

Yang penting wabak tiada Dan kita bebas lepas ni nak kemana je..


Saya siap 🎤 kat uma
Dapat luang masa dengan 👪  lagi

Cuma rindu dengan Emak dan Abah..

Kita doa yang baik baik.. Dapat yang baik.. Insyaallah



Wednesday, February 18, 2015

Tudung Satin Lace RM15 take 2 item free postage.. Lets Shopping.



My Customer -Dira From Ampang


Friday, October 10, 2014

Mesti Korang Pening

Salam..
Hai.. Setiap bulan mesti ada diantara kita yang pening dengan kewangan tak pernah cukup setiap bulan.. Ramai yang mengeluh gaji tidak mencukupi tapi barang semakin meningkat setiap bulan atau setiap tahun.. Ramai juga yang mengeluh gaji tak cukup,keje part time boleh je tapi bayangkan mutu kerja kita masa di tempat kerja bagaimana.. Mesti akan mengantuk, mesti akan penat sangat berbanding dengan penat orang yang bekerja biasa.. Kadang terfikir juga kita kan...

cuber kita buat kira kira yeee......

Gaji       RM2000.00

Rumah -  RM450.00 = 1550.00

Api/Air - RM150.00 =   1100.00

Astro    - RM 100.00 =1000.00

Makan   - RM 300.00= 700.00

Kereta = RM 450.00= 250.00

Minyak = RM200.00


Tinggal 50.00 sahaja.. hohoho.. stiap bln cm tu.. kan kan.. sadis sadis..




Thursday, October 2, 2014

Nak buat banner aidiladha.... tak sabar nak post..peace!!!!!!!!!

salam semua


nak sambut aildiladha.. nak design banner... tak sabar nak post.. peace semua


Banner Aidiladha.. hari tu tak sempat nk post.. hehehehe.
Pada hari isnin hari tu ada buat Sambutan Hari Korban.. sebanyak 7 ekor lembu.. yang hadir Ketua UMNO Gombak, Setiausaha, Pegawai Bahagian dan Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri serta AJK terlibat..

Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar dan selamat serta semua penduduk di sini yang hadir dapat agihan tersebut.. Mereka juga bergotong royong  untuk jamuan makan pada hari tersebut.. sangat seronok

Monday, September 22, 2014

Cerita Perkara Pelik

Ok nak cerita sikit ni. ini adalah kisah benar.
Seorang manager wanita baru di pindahkan di sebuah tempat lain. Manager seorang yang sangat rajin dan seorang yang amat tegas kata staff nye. Pada suatu hari dia menyuruh salah sorang staff perempuan untuk kemas di backroon, tanpa banyak bantah staff perempuan itu selamba pergi seorang di backroom. Lama juga staff perempuan itu kemas jam di tangan menunjukkan jam 12.30am, manager tersebut nak pantau staff itu. Melihat staff nya yang terbongkok bongkok mengemas, manager tersebut memebantu sedikit untuk habiskan kerja. Setelah siap staff tersebut minta izin ke toilet.
Staff perempuan tadi kuar dari toilet terlihat manager tersebut seakan memakai baju yang berwarna lain lalu ditanya "Wah cantik cantik nak kuar ker?.. Manager yang ditegur seperti terkejut " Biar betul awak ni saya dari tadi pakai baju ni".. Staff tersebut amati baju yang dipakai managernya sebab tadi masa bertugas memakai baju warna kuning tapi nape bertukar warna kelabu.. Staff tersebut terdiam dan fikir perkara positif..

Seminggu selepas itu, berita yang sangat mengejutkan staff perempuan tersebut adalah manager  tersebut telah dirasuk. Dengar cerita dia menjerit jerit dan menyuruh orang lain pergi. Dengar cerita lagi dia telah diduduki PUTEri. Emm wallahuallam.. Lama juga dia nak pulih.. Memang di backroom tersebut amat keras.. Sekarang undang undangnya boleh masuk backroom jika ada 3 atau 4 orang supaya tiada kejadian diingini..

Tuesday, September 2, 2014

Rukun Islam

Rukun Islam sape tak tau angkat tangan.. ade juga yang tak tau rukun Islam.. tapi tidak mengapa jom ketahui rukun Islam..


Allah swt menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya cinta

Di sini lahirnya cinta.

Sebuah cinta yang rasanya cam malu nk cerita tapi ade tak sesiapa menyulam rasa cinta di facebook, di telefon, dan adakalanya cinta yang lahir itu tak dijangka berputik... ade sesiapa yang nak berkongsi cinta anda...

sila pm saya di facebook.. =)


Saturday, August 30, 2014

Malaysia 57th.

Salam

Syukur negara kita masih aman lagi tanpa ada jajahan oleh kuasa luar..
Walaupun negara kita telah digemparkan oleh dua kejadian yang tak diingini iaitu misteri kehilangan MH370 dan pesawat ditembak pula iaitu MH17.

Ramai juga yang buat spekulasi yang pelbagai mengenainya.. diharap semua selesai dengan baik. Amin

Bila saya membaca facebook dan ada saya mendengar sendiri pada mereka yang menentang kerajaan emm nak aje saya bersuara kenapa mereka nak tentang kerajaan sedangkan mereka duduk di malaysia dan ape sahaja yang dibuat kerajaan salah.. Kalau salah cakap baik baik sudah... lalalalala...

ok la ape pun Merdeka Merdeka..

Jalan JEM so berhati hati di jalan raya....=p



Friday, August 29, 2014

Sambal petai.

Salam.. hari ni masak sambal petai..
Saya kalau masak bukan macam chef Wan atau yang macam expert sangat. hehe.. apepun ini adalah masakan yang biasa biasa je tapi pasti ramai di luar sana lagi banyak expert memasak..

Sambal petai

Cili kering (rendam dengan air panas dan basuh ) =ikut suka berapa banyak.
bawang merah=dalam 1/2 pun ok tapi mengikut pada masakan
bawang putih= 1pun cukup dan ada orang tak letak pun
ikan kering= ikut suka berapa banyak
petai= agak agak k pastikan buang kulit nanti tercekik orang makan..hihi
garam
gula

Caranya..

Saya biasa blender jer semua bahan di atas kecuali petai.. Ingat masa blender tu masukkan sedikit minyak agar biji lada tu hancur sbb bahaya makan biji lada nanti tak khadam di perut.

pastu panas kn minyak kat kuali.
masukkan bahan yang kita blender tadi sehingga nampak ianya masak warna macam agak merun merun sikit.
masukkan sedikit ikan kering tu, ada orang suka goreng dulu, saya x suke goreng.
letak garam dan gula secukup rasa, mengikut kesukaan.. kalau saya suke rasa cam manis sikit.. huhu
pastu masukkan petai..

ha dah siap... hikhik

senang je kan..


Pic dia di ambil sesudah makan baru teringat nak post kat blog.. sorry tak cantik la yee pic ni..

sekadar suke suki jer..=p


Rukun Iman

Sape ingat Rukun Iman? Rukun Iman ada berapa?.. =p

Rukun Iman ada 6 :
1 )PERCAYA KEPADA ALLAH SWT

2) PERCAYA KEPADA MALAIKAT

3) PERCAYA KEPADA RASUL

4) PERCAYA KEPADA KITAB

5) PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

6) PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR


Kalau nak huraian boleh ke blog ni : http://joerzack.tripod.com/RUKUN_IMAN.htm

Thursday, August 28, 2014

Disamping Sihat dapat Pendapatan.

Salam sejahtera

Anda tahu betapa pentingnya tubuh badan yang sihat. Jika yang obses pada kecantikkan pula berapa kos untuk dari hujung kaki smpai hujung rambut setiap bulan.

Rambut je =RM150
Muka = RM 100
Collagen=RM200
Untuk Kurus=110

itu baru kecantikan dlm sbln.

Kalau nak sihat pula

Minyak Ikan = RM90 1 btol kalau tahan sebulan
Spirulina=RM120
Kalau yg dah kahwin pula
untuk jaga keintiman =RM120

itu belum yang lain lain lagi.. total keseluruhan yang kita belanjakan untuk nk complete dari hujung rambut sampai hujung kaki yg complete sebulan dalam 2 atau 3ribu sebulan....

Anda bayangkan kalau 2 atau 3ribu itu anda boleh mnjana pndaptan anda apabila anda membeli barangan tersebut. Logik tak.. Mesti anda kata mana ada orang nk bagi pendapatan jika beli untuk pakai sendiri orang nak bagi pendapatan.

Anda bayangkan jika anda hanya beli pakej produk kesihatan hanya RM7000 dalam masa yang panjang bukan sebulan atau 2 bulan tapi dalam 8 bulan atau lebih. Tapi dalam sekali sahaja anda sudah dapat satu pakej produk complete untuk diri anda dan dapat income. Seronokkan.

Anda bayangkan jika produk tersebut boleh diberi kepada ibu dan ayah kita yang dah tua yang memerlukan makanan tambahan untuk tenaga mereka agar mereka sihat hendakNya.. Tak luak pun anda belanjakan untuk mereka kan..

Ibu saya menggunakan produk
Spirulina
Celjoy
EPA Minyak Ikan
Phytomaz
IG6
Calmax
LivExtra

Semasa mula mula dulu ibu saya stroke dan menggunakan tiub untuk makan n minum. Bangun perlukan bantuan orang lain, untuk ke toilet  pun perlu dipapah.. Tapi Alhamdulilah selepas 6 bulan, ibu saya mampu bangun sendiri, mampu masak sendiri.. masa dia sedang terlantar badan pun kurus tapi ALhmdulilah semakin berisi berbanding dulu.
Dulu juga ibu saya ada kerosakan buah pinggang dan sekarang sudah baik. Saya pun macam tidak percaya tapi bersyukur sangat. Kita hanya berikhtiar tapi Allah yang menyembuhkannya. Maka saya ikhtiar dengan membeli pelbagai ubat untuk ibu saya walaupun agak mahal tapi demi ibu, saya mencubanya.. Syukur..

Anda pun begitu juga..

Saya selitkan sikit pic ibu saya jatuh sakit. Ini Tahun lepas 2013




Dan sekarang. Raya 2014..

Hari Yang Indah Di pagi Raya 2014. Luv my mom and my my family

Jika ada yang berikhtiar untuk mencari produk kesihatan kecantikan atau penapis air sila PM saya pun boleh.
Nama :
Sakit Ape:
Tempat Tinggal Dimana:

PM di facebook pun boleh.. ;)
 

Friday, March 21, 2014

Nak Bisnes part time dengan modal kecil hanya RM75.00?..

    Coretan Saya setelah mengambil keputusan berbisnes elken. Sungguh Luar Biasa.
    Dalam 3 Minggu saya telah mendapat RM 300 income. Best sangat dengan modal hanya RM75.00 modal saya.
  •  Apakah Anda lelah bekerja berjam-jam dan hasilnya hanya cukup untuk bertahan hidup?
  •  Terus Bekerja keras, tapi tidak pernah ke mana-mana?
  •  Kesulitan mendapatkan pekerjaan? Merasa tidak aman secara finansial?
  •  Mengapa tidak mencoba memulai bisnis Anda sendiri, salah satu yang memberikan   kesempatan tak terbatas?
  • Sangat mudah! Anda hanya beberapa langkah menuju kepada kebebasan finansial.

Adakah modal cuma RM75.00 anda ingin melepaskan peluang?...

  • Fleksibilitas 
  • Keamanan Bisnis Jangka Panjang
  • Kesehatan
  • Kecantikan
  • Pendapatan yang hebat

Ni adalah gambar saya dengan rangkaian saya.. Terima Kasih Bisnes yang hebat ini.


 




 
 


 Jom pm saya di facebook jika berminat dan ingin bersama saya dalam berbisnes yang laur biasa ni..






 









 
.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MayaFiedz1987

My photo
Sekiranya ada maklumat berguna boleh kemukakan k.. kl nak cakap pasal seks atau lucah atau yang cakap bukan2 takkan dilayan dan email anda akan di block.. Harap Maklum. Kepada Semua Pembaca. Sekiranya Maklumat yang dipaparkan salah dan perlu dibaiki atau segala kesilapan di blog ini boleh dikemukakan k. Saya sedia menerimanya. Komen anda amat saya hargai. Terima Kasih
Go to IntenseDebate